Malaysia Aid 4 Palestine


Semoga sumbangan yang anda buat sekarang dapat membantu meringankan beban saudara se-islam kita di bumi Palestin

 





Pada 7 Oktober 2023, sebahagian daripada konflik Zionis Israel-Palestin, sebuah operasi ketenteraan mengejut bermula dengan pelancaran roket berjumlah kira-kira 5,000 buah telah dilepaskan ke atas Zionis Israel dari Semenanjung Gaza oleh pejuang Palestin, disertai dengan penyusupan ketenteraan ke dalam Kibbutz (petempatan luar bandar terancang Israel) yang mengelilingi Gaza dan bandar Sderot di Israel. Pemimpin Hamas, Saleh al-Arouri menyatakan bahawa “Mujahidin” memulakan operasi untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan membebaskan tahanan. Briged Al-Qassam menerbitkan gambar tentera Israel yang ditangkap. 

Pihak Palestin menamakan operasi mereka sebagai Operasi Taufan al-Aqsa (Arab: عملية طوفان الأقصى, rumi: ʿamaliyyat ṭūfān al-ʾAqṣā), manakala serangan balas Zionis Israel dipanggil sebagai Operasi Pedang Besi (Ibrani: מבצע חרבות ברזל, rumi: Mivtsa Cherevot Barzel). Permulaan serangan Palestin juga bertepatan dengan ulang tahun ke-50 perang Arab–Israel pada 1973. Ia juga kadangkala dipanggil sebagai perang Israel–Palestin. Beberapa agensi berita dan pemerhati menggelar konflik ini sebagai Intifadah Ketiga

Menurut Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, ” Kumpulan pejuang Palestin juga telah berjaya melepasi dan kemudiannya merobohkan pagar sempadan regim Zionis Israel di Semenanjung Gaza serta manawan dan membebaskan sekurang-kurangnya 3 wilayah (penempatan) yang sebelum ini dikuasai regim Zionis Israel.“Hamas kemudiannya mengumumkan telah berjaya menawan kembali Timur Rafah,”

Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya: 

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” 

(Hadis riwayat Muslim)

#IsraelCuak #Aid4Palestine #yayasanamalmalaysia




Kutipan Semasa

RM {nilai_semasa}

Sasaran Kutipan

RM {nilai_sasaran}

0%


Yayasan Amal Malaysia (Selangor) sangat menghargai setiap sokongan dan sumbangan yang diberikan dalam membantu kami memenuhi visi dan misi kami. Pada masa akan datang, kami berharap dapat bertemu dengan individu yang lebih bersemangat seperti anda dalam usaha kemanusiaan ini. Semoga Allah SWT memberkati kita atas semua kerja keras dan pengorbanan kita.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sumbangan RM50 Tabung Aid4Palestine
Sumbangan RM20 Tabung Aid4Palestine
Sumbangan Ikhlas (Minimum RM2) Tabung Aid4Palestine
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN